BATU PAHAT: Penduduk di lokasi penemuan rangka manusia beserta tengkorak yang disyaki Mila Shamila Samsusah, 32, atau Bella, yakin wanita itu tidak dibunuh di kawasan tersebut.
Mereka mempercayai, mangsa terdahulunya dibunuh di tempat lain, sebelum mayat tersebut diletakkan di sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini.
Menurut pesara, Md. Hairunizal Alimon, sebelum mayat itu ditemukan, tiada sebarang aktiviti mencurigakan berlaku, bahkan, bau-bauan pelik seperti bangkai turut tidak terhidu penduduk.
Sehubungan itu, Md. Hairunizal sekeluarga turut terkejut dengan berita penemuan rangka tersebut, yang kurang 20 meter dari kediaman mereka.
"Terperanjat juga sebab kami tak tahu apa-apa, tiba-tiba polis datang bertanya rumah saya ke yang terlibat.
"Persepsi kita juga begitu, mungkin dia dibunuh di tempat lain tetapi dia 'dicampak' dekat sini, sebelum polis temuinya,
"Memang selama ini tak pernah berlaku pun kes macam ini, sebab selalunya kita akan pastikan siapa yang keluar masuk dekat sini, kita sentiasa awasi dan tengok," katanya ketika ditemui Astro AWANI di
kediamannya di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, dekat sini, pada Sabtu.
Tambah Md. Hairunizal, keadaan rumah yang menjadi lokasi penemuan rangka itu sudah terbiar selama lebih tiga tahun, di samping berhampiran kawasan semak-samun, sekali gus menjadi lokasi strategik buat suspek untuk menyembunyikan mayat.
"Itupun berkemungkinan betul juga… dan satu lagi, di sini, orang selalu sibuk keluar dan masuk jadi mungkin dia rasa selamat, orang tidak akan mengesyaki apa-apa atau siapa pelakunya,
"Tambahan lagi, kalau pergi belakang itu, dia dah sampai kawasan yang penuh semak samun. Disebabkan itu dia berani buat, sebab merasakan perbuatannya tidak akan terbongkar," ujarnya.
Sementara itu, pembantu tadbir sekolah, Fadilah Md Mery berpendapat, bau ikan yang kuat dari kedai menjual ikan berhampiran, berkemungkinan menyukarkan orang ramai untuk mengesan keberadaan rangka manusia tersebut.
"Kalau nak cerita pasal bau busuk, memang bau ikan itu kuat. Kebiasaannya bila kita terbau sesuatu yang pelik, kita hanya fikir itu bau ikan dari kedai ikan di sebelah,
"Tidak pula kita nak mengesyaki ini bau bangkai atau sebagainya sebab kita pun tak terfikir sampai ada orang nak buang mayat di belakang.
"Kita bila ada tercium bau bangkai, memang kita cuba berfikir baik. Mungkin cuma bau ikan, kalau bukan sekalipun, mungkin bau bangkai biawak, sebab biawak banyak di belakang kerana penuh semak samun," kata Fadilah lagi.
Manakala bagi peniaga ikan, Nurul Ain Sakinah Mohd Jasmi pula, kenderaan yang banyak keluar dan masuk ke lorong kampung berkenaan turut menyebabkan dia tidak mengesyaki sebarang kejadian pelik atau individu mencurigakan di kawasan berkenaan.
"Boleh tahan ramai pelanggan yang masuk ke sini dan kebiasaannya pada hari hujung minggu, seperti Sabtu dan Jumaat memang ramai orang.
"Penemuan rangka manusia ini juga terjadi pada hari Jumaat, jadi kita tak boleh nak agak ataupun mengesyaki sesiapa.
"Saya sudah meniaga di sini sejak tahun 2020 sampai sekarang, dan setakat ini, ia merupakan kes pertama terjadi di kampung ini,” ujar Nurul Ain Sakinah.
.
Kronologi kehilangan Bella
* 16 Disember 2023 - Laporan polis pertama berhubung kehilangan Bella dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat oleh keluarga Bella.
* 18 Disember 2023 - Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat oleh ahli keluarganya di IPD Batu Pahat.
* 23 Disember 2023 - Polis memanggil lima individu termasuk teman lelaki Bella untuk membantu siasatan dengan kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang. Polis juga merekodkan keterangan daripada teman lelaki Bella sebanyak dua kali.
* 10 Januari 2024 - Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan dua lagi individu ditahan bagi membantu kes kehilangan Bella.
Muhammad Aiman Hakeem
Sat Jan 20 2024
Imej rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat yang menjadi lokasi rangka manusia beserta tengkorak ditemukan polis.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.
Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.
Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.